Selamat Datang   私の友達へようそ   Bienvenido a mis amigos 
Adida's Batch ★Clicks71™☆ ® July'06-June'09 College of Medical Laboratory Technology Institute of Medical Research, M'sia
ADIDA'S BATCH FAN PAGE NOW ON FACEBOOK... BE A FAN . TQ

Thursday, December 10, 2009

Berita dari Paediatrik.....

Salam... pagi ini dalam pukul 4 pagi, satu mesej sms masuk ke inbox telefon aku... rakan sekerja daripada Makmal IEM telah dimasukkan ke ICU. Beliau adalah Helmi... satu-satunya MLT lelaki kat Makmal tersebut... Walaupun kami berbeza makmal tetapi di Institut Paediatrik tu terdapat 4 buah lab iaitu Paediatric Lab, Genetic Lab, IEM Lab dan Thalassaemia & Leukaemia Molecular Lab... jadi kami kira rakan yang rapat jugaklah... Malang sekali apabila semalam beliau telah terlibat dalam satu kemalangan dalam perjalanan pulang daripada Pusat Gymnasium Fitness First kat KLCC ke rumahnya di Puchong... beliau biasanya akan ke Gym selepas waktu kerja... Pada mulanya beliau terlanggar bumper kereta depan yang berhenti secara mengejut... tak sempat mengelak, sebuah kereta yang laju dari arah belakang melanggar beliau pula sehingga tercampak ke atas jalan raya... kereta yang melanggar tersebut lari entah ke mana.. nasib baiklah... kereta yang seterusnya berhenti dan memberi pertolongan dengan memanggil ambulans dan sanggup menunggu di hospital sehingga keluarga dan rakan terdekat sampai... terima kasih kepada mereka yang menolong... Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian... Juga terima kasih kepada Intan dan adiknya... Abang Zul... Rusdi... kerana menemani Helmi pada malam dan pagi semasa di hospital...


Helmi sekarang berada di Hospital Serdang... Wad 6C (Pembedahan Lelaki)... Semalam memang beliau tidak sedar.. Alhamdulillah hari ini keadaan beliau bertambah baik sedikit...
Waktu Lunch Hour hari ini majoriti orang Lab pergi melawat Helmi di Hospital Serdang... Suasana memang mengharukan sekali... Ialah nama pun kawan.... Beliau mengalami kecederaan pada bahagian muka... luka di dahi..hidung...mulut..dagu.. patah tangan kiri...dan sedikit luka kat lutut...
Beliau masih dalam keadaaan terkejut dan kadang kala bercakap merapu-rapu... nasib baiklah ada 2 orang adiknya yang menemaninya di sisi... mengajarnya supaya beristighfar dan kuatkan semangat...
Masih ingat lagi aku pada hari pertama hari raya  haji... aku dan Helmi pergi beraya kat Rumah Kak Zu... maklumlah kitaorang je yang tak balik kg... lepas tu pergi solat Jumaat sama-sama...
Hari Isnin lepas waktu lunch hour dia temankan aku pergi pejabat pos ambik gambar konvo yang tak aku tuntut-tuntut sejak 21 November... petang pulak lepas kerja,dia hantar aku balik rumah... hari selasa kitaorang (aku,Helmi, Nasa dan Komalam) pergi makan kat the Mall... Sedey... benda ni berlaku agak pantas...
Apa-apa pun... Marilah kita sama-sama berdoa memohon agar Helmi cepat-cepat sembuh dan juga berdoa untuk keselamatan kita semua... Ameen...

Wednesday, December 9, 2009

SALAM MAAL HIJRAH------- MERRY CHRISTMAS-------HAPPY NEW YEAR 2010

Tuesday, December 8, 2009

:: Selamat Pengantin Baru ::

Salam... apa khabar kengkawan... untuk makluman semua Awatif atau lebih dikenali sebagai Kak Chik bakal mendirikan gerbang perkahwinan beliau pada 26hb Disember ini...

Juga Nurol turut akan melangsungkan perkahwinannya dengan seorang jejaka idaman Malaya... pada 19 Disember ini...
(picture failed to upload... maybe next time... sorry)
jadi kepada mereka yang free tu bolehlah berkunjung ke kediaman mereka di alamat.... (still tunggu surat undangan & lokasi)...
Senang-senang apa kata korang call je diorang....
p/s :- kedua-duanya orang Kedah ni...
Selamat Pengantin Baru Kepada Kalian Semua Semoga Berbahagia Hingga Ke Anak Cucu dan Seterusnya...

Saturday, October 31, 2009

SALAM 1 ADIDA'S BATCH

Pemberitahuan Rasmi daripada pihak Admin Clicks 71 :- 
Sesiapa yang berminat untuk menjadi salah seorang daripada penyumbang post (blogger)* untuk Weblog ini, bolehlah menghantar satu e-mail yang menyatakan kesudian anda ke alamat ikhwankaizen@gmail.com  . Pihak Admin akan menghantar satu e-mail balas untuk 'invite' anda sebagai blogger. Nanti anda bolehlah menghantar post seperti perkongsian pengalaman kerja, hebahan tentang program yang berlaku di tempat kerja anda dan apa-apa maklumat berguna.Ibarat kata pepatah "Jika lagi ramai blogger yang kongsi maklumat, nanti Weblog ini sentiasa ter'update'.. ehe.. betulkah pepatah nikhs.Confius2x~

CENTRALIZED WEBLOGGERS FOR ADIDA'S BATCH (2010 plan)
Approx. estimate:-
KTMP = Pn.Adida
Paediatric = seorang (Ikhwan)
HKL = 2
IMR = 1
PDN = 1
KL & P'jaya = 1
S'gor =1
Penang =1
Perak =1
Melaka & N9 =1
Johor =1
Pahang =1
Kedah =1
* Terbuka kepada rakan-rakan daripada Adida's Batch sahaja (Julai'06-Jun'09)



Saturday, September 19, 2009

Adida's Batch Posting (Official)

Selamat Hari Raya Aidilfitri

MaafZahir Dan Batin



W.P Kuala Lumpur / Putrajaya


  1. Adam - HKL (Core Lab)
  2. E'ein - HKL (Core Lab)
  3. Kavitha - HKL (Virology)
  4. Zatil - HKL (Virology)
  5. Aidawani - HKL (Dr*g)
  6. Anis Ameera - HKL (Dr*g)
  7. Maizan - HKL (Haematology)
  8. Ani Penang - HKL (Cytology)
  9. Wan Fairuz - HKL (Microbiology)
  10. Hidayah - HKL (Histopathology)
  11. Salwa - HKL (Genetics)
  12. Saharah - HKL (Microbiology)
  13. Ikhwan - HKL (Paediatric)
  14. Azuan (Bro) - IMR (Bio Technology)
  15. Azim - IMR (Entomology)
  16. Alia - IMR
  17. Ain Melaka - IMR
  18. Diana - IMR
  19. Puteri - IMR
  20. Salmah - IMR
  21. Shuhada Ali - IMR
  22. Hasnida - IMR
  23. Nadia Mazlan - H.Putrajaya
  24. Umi - H.Putrajaya
  25. Kak Tie - PDN
  26. Ain Sukati - PDN
  27. Norzilah - Inst.Peny.Respiratori (kat area bulatan Pahang)
  28. Shauqi - KK Tangling
  29. Kak Azua - LPPKN KL
Selangor
  1. Fazy - Hosp.Selayang
  2. Aidil - HTAR,Klang
  3. Seridarvini
  4. Sazita
  5. Shuhada Kelantan
  6. Zura
Pulau Pinang
  1. Kumaran - Hosp.Balik Pulau
  2. Salasiah
  3. Sarina
  4. Azmeera
  5. Aini Hassim
  6. Awatif
  7. Hasfalieza
  8. Norul Akmal
  9. Noramina
Perak
  1. Noramil (Bob) - KK Tapah
  2. Hazayu
  3. Ruziana
  4. Norashidah
  5. Rosnani
  6. Shafika
  7. Wardah
  8. Sue Ustzh
  9. Nurol
Melaka
  1. Sabirah
  2. Zahidah
  3. Aini Khan
  4. Nadia Iskandar Shah
Johor
  1. Faisool
  2. Munirah
  3. Faiezah
  4. Norli
Pahang
  1. Wan Akmal (Abe) - KK Temerloh
  2. Oii Wi Chit
  3. Ikrimah
  4. Ain Ghani (HTAA)
  5. Ain Paka (HTAA)
Kedah

  1. Ernida
  2. Junaidah
  3. Noryomazlin
  4. Liyana
Negeri Sembilan
  1. Azwani
Tarikh Kemas Kini
19/09/09 at 3pm kat Cyber Cafe

Wednesday, September 9, 2009

:: POSTING ADIDA'S BATCH:: Updated (Hot)

Sukacita dimaklumkan bahawasanya tarikh bagi melaporkan diri ke Jabatan Patologi Seluruh Malaysia bagi Batch Julai '06- Jun '09 adalah jatuh pada 14hb September 2009 bersamaan 24 Ramadhan 1430 Hijrah.. Sehubungan dengan itu ada juga lah orang yang tidk boleh berhari raya kat Kampung Halaman. Hehe...

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT TERKINI MEREKA YANG TELAH DIKETAHUI PENEMPATANNYA (HABITAT EN):

September 08th
  1. Kak Sal - Pulau Pinang
  2. Fazy - Selangor
  3. Kak Tie - PDN
  4. Norli - Johor
  5. Shidah - Perak
  6. Sabirah - Melaka
  7. Zahidah - Melaka
  8. Ain Melaka - IMR
  9. Salwa- HKL
  10. Kavitha - HKL
  11. Maizan - HKL
  12. Ikhwan - HKL
Ini sahaja maklumat yang diketahui buat masa sekarang. Esok.. Lusa... banyaklah lagi dapat diketahui. Credits to Ernida coz sebarkan maklumat ini via facebook.

SENANG JE NAK TAHU MANA AKAN DIHANTAR
Hubungi No. Ini : 03-88832733

September 09th (TERKINI)
  1. Ain Ghani - Pahang
  2. Norul Akmal - Pulau Pinang
  3. Kak Ruziana - Perak
  4. Adam - HKL
  5. Azuan (Bro) - IMR
  6. Faisool (Ust) - Johor
  7. Aidawani - HKL
  8. Nuramil (Bob) - IMR ke Perak ( confius ni )
  9. Ikrimah - Pahang
  10. Ain Sukati - PDN
  11. Alia - IMR
  12. Sarina - Pulau Pinang
  13. Shuhada Ali - IMR
  14. Ernida - Kedah
  15. Ain Paka - Pahang
  16. Junaidah - Kedah
  17. Noryomazlin - Kedah
  18. Shuhada (Meksu) - Selangor
  19. Nadia Mazlan - KL (Jabatan Wilayah)
  20. Zatil - HKL
  21. Hasnida - IMR
  22. Sazita - Selangor
  23. Diana - IMR
  24. Puteri - IMR
  25. Salmah - IMR
  26. Saharah - HKL
  27. Pa'an - KL
  28. Umi - KL
  29. Zura - Selangor
  30. Azmeera - Pulau Pinang
  31. Aini Hassim - Pulau Pinang
  32. Awatif - Pulau Pinang
  33. Norhasfalieza - Pulau Pinang
  34. Hazayu - Perak
  35. Munirah -Johor
  36. Faiezah - Johor
  37. Oii - Pahang
  38. Abe - Pahang ( tak pasti lagi )
  39. Kumaran - Pulau Pinang
  40. Aidil - Klang
  41. Azwani - N9
Tarikh Kemas kini : 09/09/09 at 6pm

September 1oth (LAGI TERKINI)
  1. Azim - IMR
  2. Mina - Pulau Pinang
  3. Rosnani  - Perak
  4. Aini Aman - Melaka
Tarikh Kemas Kini : 10/09/09 at 4 pm

September 11th (LAGI LAGIII TERKINI)
  1. Kak E'ein - HKL
  2. Ani Penang - HKL
  3. Anis Ameera - HKL
  4. Seridarvini - Selangor
  5. Shafika - Perak
  6. Wardah - Perak
  7. Sue Utz - Perak
  8. Nurol -Perak
  9. Nadia Iskandar - Melaka
  10. Dayah - KL
  11. Zilah -institut penyelidikan respiratori (kat area bulatan pahang tu)
Tarikh kemaskini : 11/09/09 at 11pm
Setakat ini baru 68 orang dah diketahui habitatnya
Penempatan Ini Akan Disusun Mengikut Negeri Once Bila Dah Lengkap Semua. Harap Maklum

SELAMAT BERPOSTING KAWAN - KAWAN

Sunday, August 30, 2009

::MAKLUMAT KONVOKESYEN 2009:: (Updated)

SALAM...
UNTUK MAKLUMAN SEMUA SEBENARNYA APA YANG PERLU KITA LAKUKAN ADALAH MENUNGGU SAAT SURAT MAKLUMBALAS KONVOKESYEN SAMPAI KE ALAMAT RUMAH MASING-MASING

TIADA ISTILAH DOWNLOAD-MENDOWNLOAD BORANG

APABILA SURAT ITU SAMPAI ANDA PERLU MENGHANTAR SURAT MAKLUMBALAS TERSEBUT A.S.A.P ( AS SOON AS POSSIBLE ) SEBELUM 17hb SEPTEMBER 2009
SAMA ADA MELALUI
 
FAKS 03-26945022 

ATAU ALAMAT

KOLEJ TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN 
D/A INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN (IMR)
50588 JALAN PAHANG 
W.P.KUALA LUMPUR

PEMAKAIAN 
PELATIH LELAKI
  • Baju Kemeja
  • Seluar Panjang Hitam
  • Tali Leher
  • Berkasut Hitam (sama macam induksi)
PELATIH WANITA
  • Baju Kurung
  • Pakaian sesuai (sama macam induksi)
SEHUBUNGAN DENGAN ITU PIHAK ADMIN MEMOHON RIBUAN KEMAAFAN DI ATAS MAKLUMAT YANG MENGELIRUKAN SEBELUM INI

Untuk Maklumat Lanjut Sila Telefon Puan Adida Atau Pihak Kolej Untuk Tindakan
MINTA SAMPAIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN
SELAMAT BERKONVO DAN BER'POSTING'
★CLICKS71™☆ ®

Saturday, August 29, 2009

:: MAKLUMAT KONVOKESYEN 2009 ::

PERHATIAN KEPADA SEMUA
DIHARAP BACA SAMPAI HABIS DAN SAMPAIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN

MAJLIS KONVOKESYEN JTMP 2009
BATCH YANG TERLIBAT:
  1. JULAI '05-JUN'08 (BATCH ABG HASNAN)
  2. JAN '06-DIS '08 (BATCH PN.BOOB PA)
  3. JULAI '06-JUN '09 (BATCH PN.ADIDA)
  4. POS BASIK PENGURUSAN MAKMAL JAN-JUL'08
  5. POS BASIK SITOLOGI JAN-JUL'08
BERTEMPAT : DEWAN UTAMA KTMP
BERTARIKH : 06hb OCTOBER 2009 (SELASA)
DAFTAR & RAPTAI : 05hb OCTOBER 2009 (ISNIN)
MAKLUMAT TAMBAHAN YANG PENTING :-
  • Semua graduan diwajibkan memakai jubah konvokesyen semasa menghadiri raptai dan majlis konvo
  • Tiada kemudahan penginapan disediakan
  • Tiada kemudahan tempat letak kereta
  • Hanya seorang tetamu sahaja dibenarkan masuk ke Dewan Utama Konvo, yang lain sila tunggu kat dewan menunggu yer...kesian
  • Jubah konvokesyen akan diberikan semasa sesi pendaftaran pada 05hb Oktober 2009
  • Diwajibkan bayar secara tunai sebanyak RM 190 semasa sesi pendaftaran kepada Syarikat Iltizam Megah Sdn Bhd
  1. RM 90-Bayaran jubah
  2. RM 100-Bayaran deposit jubah (akan dikembalikan kepada graduan selapas jubah dihantar)
  •  Bayaran bagi gambar berkumpulan belum ditetapkan dan hanya perlu dibayar sekiranya graduan berminat untuk menempah gambar tersebut
PROGRAM ATAU ANTARA TENTATIF MAJLIS

05hb OKTOBER 2009 (ISNIN)
8.30 pg-12tgh -Pendaftaran graduan, bayaran dan agihan jubah
2 ptg-5ptg -Majlis Raptai Konvo

06hb OCTOBER 2009 (SELASA)
8 pg- ketibaan para tetamu jemputan
8.30 pg-Perarakan masuk para graduan
8.45 pg- Perarakan masuk Para tetamu kehormat
9 pg -
  • Bacaan doa/ nyanyian Lagu Negaraku, Persembahan Koir
  • Ucapan Pengerusi Induk Majlis Konvo 2009
  • Ucapan perasmian
  • Penganugerahan Diploma Teknologi Makmal Perubatan
  • Rehat/Persembahan Koir
  • Penganugerahan Sijil Pos Basik
  • Penganugerahan Akademik Terbaik Basik & Pos Basik
  • Perarakan keluar Dif Kehormat
12.30 tgh - Bersurai dan balik rumah

PERHATIAN PADA SEMUA PELATIH
HARAP DAPAT DOWNLOAD 
klik di bawah


SURAT PEMBERITAHUAN MAKLUMBALAS KONVO AKAN SAMPAI KE ALAMAT RUMAH ANDA
BALAS 
DAN FAKS  03-26945022 @ POSKAN DENGAN KADAR SEGERA
 SEBELUM 17 SEPTEMBER 2009 
KEPADA KOLEJ. 

KOLEJ TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
D/A INSTITUTE FOR MEDICAL RESEARCH (IMR)
50588 JALAN PAHANG
W.P.KUALA LUMPUR


KERJASAMA SEMUA DIUCAPKAN TERIMA KASIH

Untuk Maklumat Lanjut Sila Telefon Puan Adida Atau Pihak Kolej Untuk Tindakan
 
★CLICKS71™☆ ®

Thursday, August 27, 2009

:: SILA AMBIL PERHATIAN ::

Untuk makluman anda pihak Admin Adida's Batch ★CLICKS71™☆ ® telah mendapat satu e-mail daripada penyelaras kita, Puan Adida. Beliau antara lainnya memberitahu:-


MAJLIS KONVOKESYEN UNTUK 3 BATCH SEKALI 
AKAN DIADAKAN PADA:
06hb OCTOBER 2009 SELASA
BERTEMPAT DI DEWAN KTMP 
Batch yang terlibat: Batch Abang Hasnan, Batch Pn Boob Pa dan Batch Pn Adida


Puan Adida menyuruh kita menghantar maklumat seperti Nama Penuh, Alamat Surat Menyurat, No Telefon Untuk Dihubungi, dan Satu Alamat e-mail Yang Aktif (jika ada) A.S.A.P [As soon As possible] tapi jangan bimbang Maklumat untuk 60 orang pelatih + Ema telah berada dalam database Admin dan telah selamat dihantar kepada Puan Adida...
Cuma Perhatian Kepada 11 Sekawan Ini, Maklumat Anda Tiada Dalam Database Admin. Untuk itu Anda Perlu Mengambil Inisiatif Sendiri Dengan Menghantar Maklumat Tersebut Kepada Puan Adida Sendiri Melalui Alamat e-mail : adida_hassan@yahoo.com  A.S.A.P

Untuk Maklumat Lanjut Sila Telefon Puan Adida Atau Pihak Kolej Untuk Tindakan Lanjut

Maklumat Rakan-rakan yang tiada (11 orang)*
1.Aidawani
2.Hazayu
3.Wan Fairuz
4.Diana
5.Azwani
6.Hasfalieza
7.Sazita
8.Aini Amanullah Khan
9.Sabirah
10.Salasiah
11.Sarina
Sila Sampaikan Maklumat Ini Kepada Mereka Yang Berkenaan*
★CLICKS71™☆ ®

Tuesday, August 25, 2009

:: La la la ::


:: Eh Eh Sape Tu ::

Credit to Ananz i-Portal Zone 76™ 
Latest photo daripada Puan Asmah... terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi gambar baby Afiq Zaqwan yang sekarang nie dah berusia 4 bulan dahh~

Wahh sekejap jer masa berlalu yer... dulu masa mula-mula dapat pics baby ialah pada 05hb May 2009 masa baru lahir...
Masa tu sempatlah beliau drop kat kolej.Bukan main ramai lagi orang-orang berkerumum...haha
Geng-geng Adida's Batch, Senior-senior, Junior-junior, Rakan-rakan Weblog:-
Macam mana Ramadhan di tempat Anda... Suasana Bersahur, Buka Puasa, Solat Tarawikh dan Bazaar Ramadhan... komen ar komen..
★CLICKS71™☆ ®

Saturday, August 22, 2009

:: MERDEKA 31 OGOS ::

Salam Satu Malaysia

★CLICKS71™☆ ®mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52.Tahun ini Kemerdekaan Negara pada bulan Ramadhan..Bulan Berkat.Kekalkan keharmonian dan kemajuan negara.Ingatlah sejarah penubuhan negara.
# RENUNGAN SEJENAK # 
Malaysia adalah terdiri daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak.Malaysia pernah dikenali dahulu dengan nama Malaya dan Persekutuan Tanah Melayu.Mendapat Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan penubuhan lengkap Malaysia pada 16 September 1963.Malangnya Singapura keluar daripada Malaysia...
Malaysia mempunyai banyak ketamaduanan berkerajaan seperti Kerajaan Langkasuka, Chih Tu (Kelantan Tua), Kedah Tua, Seri Gangga Negara, Kerajaan Melayu Melaka dan sebagainya...
Bermula dengan Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka (terdapat 84 bahasa dipertuturkan dengan 3000 buah kapal berlabuh setiap hari di Melaka,Bahasa Melayu menjadi Bahasa Lingua Franca pada ketika itu)..bayangkan kemajuan yang dicapai negara sekiranya tidak terjajah..
Malaysia terjajah selama 446 tahun dan 7 hari..suatu jangka masa yang begitu lama jika dibandingkan dengan nikmat kemerdekaan yang baru dikecapi selama 52 tahun.
Setelah Kerajaan Islam Andalusia Sepanyol jatuh, kuasa besar dunia pada ketika itu mencari sebuah kerajaan besar yang berpotensi untuk mendominasi dunia untuk dijatuhkan selain daripada untuk meluaskan propaganda (Gospel,Glory,Gold,Geography) mereka...dan mereka lebih menekankan Gold.
Mereka sanggup datang dengan keadaan laut yang 'super' bergelora di Tanjung Harapan semata-mata untuk ke Timur.Dengan ketidakseimbangan politik di Melaka pada ketika itu maka 

ERA PENJAJAHAN PUN BERMULA:-
-Portugis 24 Ogos 1511-16 Januari 1641 (130 tahun)
-Belanda 16 Januari 1641-20 Mac 1824 (183 tahun)
-British 20 Mac 1824-08 Disember 1941 (117 tahun)
-Jepun 08 Disember 1941-05 September 1945 (4 tahun)
-Zaman Darurat Bintang 3 (Komunis)
-British 05 Sept 1945-31 Ogos 1957 (12 tahun)

Jadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia adalah mempertahankan kemerdekaan ini...no more gaduh-gaduh..bersatu,Majukan negara, daulatkan Malaysia...

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..... 
Raise Your Flag
:: Jaga Kebersihan Diri,Keluarga dan Komuniti-Cegah Influenza A (H1N1) ) ::
Khidmat Pesanan Masyarakat ini dibawa oleh ★CLICKS71™☆ ®  P.E.A.C.E