Selamat Datang   私の友達へようそ   Bienvenido a mis amigos 
Adida's Batch ★Clicks71™☆ ® July'06-June'09 College of Medical Laboratory Technology Institute of Medical Research, M'sia
ADIDA'S BATCH FAN PAGE NOW ON FACEBOOK... BE A FAN . TQ

Thursday, December 10, 2009

Berita dari Paediatrik.....

Salam... pagi ini dalam pukul 4 pagi, satu mesej sms masuk ke inbox telefon aku... rakan sekerja daripada Makmal IEM telah dimasukkan ke ICU. Beliau adalah Helmi... satu-satunya MLT lelaki kat Makmal tersebut... Walaupun kami berbeza makmal tetapi di Institut Paediatrik tu terdapat 4 buah lab iaitu Paediatric Lab, Genetic Lab, IEM Lab dan Thalassaemia & Leukaemia Molecular Lab... jadi kami kira rakan yang rapat jugaklah... Malang sekali apabila semalam beliau telah terlibat dalam satu kemalangan dalam perjalanan pulang daripada Pusat Gymnasium Fitness First kat KLCC ke rumahnya di Puchong... beliau biasanya akan ke Gym selepas waktu kerja... Pada mulanya beliau terlanggar bumper kereta depan yang berhenti secara mengejut... tak sempat mengelak, sebuah kereta yang laju dari arah belakang melanggar beliau pula sehingga tercampak ke atas jalan raya... kereta yang melanggar tersebut lari entah ke mana.. nasib baiklah... kereta yang seterusnya berhenti dan memberi pertolongan dengan memanggil ambulans dan sanggup menunggu di hospital sehingga keluarga dan rakan terdekat sampai... terima kasih kepada mereka yang menolong... Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian... Juga terima kasih kepada Intan dan adiknya... Abang Zul... Rusdi... kerana menemani Helmi pada malam dan pagi semasa di hospital...


Helmi sekarang berada di Hospital Serdang... Wad 6C (Pembedahan Lelaki)... Semalam memang beliau tidak sedar.. Alhamdulillah hari ini keadaan beliau bertambah baik sedikit...
Waktu Lunch Hour hari ini majoriti orang Lab pergi melawat Helmi di Hospital Serdang... Suasana memang mengharukan sekali... Ialah nama pun kawan.... Beliau mengalami kecederaan pada bahagian muka... luka di dahi..hidung...mulut..dagu.. patah tangan kiri...dan sedikit luka kat lutut...
Beliau masih dalam keadaaan terkejut dan kadang kala bercakap merapu-rapu... nasib baiklah ada 2 orang adiknya yang menemaninya di sisi... mengajarnya supaya beristighfar dan kuatkan semangat...
Masih ingat lagi aku pada hari pertama hari raya  haji... aku dan Helmi pergi beraya kat Rumah Kak Zu... maklumlah kitaorang je yang tak balik kg... lepas tu pergi solat Jumaat sama-sama...
Hari Isnin lepas waktu lunch hour dia temankan aku pergi pejabat pos ambik gambar konvo yang tak aku tuntut-tuntut sejak 21 November... petang pulak lepas kerja,dia hantar aku balik rumah... hari selasa kitaorang (aku,Helmi, Nasa dan Komalam) pergi makan kat the Mall... Sedey... benda ni berlaku agak pantas...
Apa-apa pun... Marilah kita sama-sama berdoa memohon agar Helmi cepat-cepat sembuh dan juga berdoa untuk keselamatan kita semua... Ameen...

Wednesday, December 9, 2009

SALAM MAAL HIJRAH------- MERRY CHRISTMAS-------HAPPY NEW YEAR 2010

Tuesday, December 8, 2009

:: Selamat Pengantin Baru ::

Salam... apa khabar kengkawan... untuk makluman semua Awatif atau lebih dikenali sebagai Kak Chik bakal mendirikan gerbang perkahwinan beliau pada 26hb Disember ini...

Juga Nurol turut akan melangsungkan perkahwinannya dengan seorang jejaka idaman Malaya... pada 19 Disember ini...
(picture failed to upload... maybe next time... sorry)
jadi kepada mereka yang free tu bolehlah berkunjung ke kediaman mereka di alamat.... (still tunggu surat undangan & lokasi)...
Senang-senang apa kata korang call je diorang....
p/s :- kedua-duanya orang Kedah ni...
Selamat Pengantin Baru Kepada Kalian Semua Semoga Berbahagia Hingga Ke Anak Cucu dan Seterusnya...