Selamat Datang   私の友達へようそ   Bienvenido a mis amigos 
Adida's Batch ★Clicks71™☆ ® July'06-June'09 College of Medical Laboratory Technology Institute of Medical Research, M'sia
ADIDA'S BATCH FAN PAGE NOW ON FACEBOOK... BE A FAN . TQ

Saturday, August 22, 2009

:: MERDEKA 31 OGOS ::

Salam Satu Malaysia

★CLICKS71™☆ ®mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52.Tahun ini Kemerdekaan Negara pada bulan Ramadhan..Bulan Berkat.Kekalkan keharmonian dan kemajuan negara.Ingatlah sejarah penubuhan negara.
# RENUNGAN SEJENAK # 
Malaysia adalah terdiri daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak.Malaysia pernah dikenali dahulu dengan nama Malaya dan Persekutuan Tanah Melayu.Mendapat Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan penubuhan lengkap Malaysia pada 16 September 1963.Malangnya Singapura keluar daripada Malaysia...
Malaysia mempunyai banyak ketamaduanan berkerajaan seperti Kerajaan Langkasuka, Chih Tu (Kelantan Tua), Kedah Tua, Seri Gangga Negara, Kerajaan Melayu Melaka dan sebagainya...
Bermula dengan Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka (terdapat 84 bahasa dipertuturkan dengan 3000 buah kapal berlabuh setiap hari di Melaka,Bahasa Melayu menjadi Bahasa Lingua Franca pada ketika itu)..bayangkan kemajuan yang dicapai negara sekiranya tidak terjajah..
Malaysia terjajah selama 446 tahun dan 7 hari..suatu jangka masa yang begitu lama jika dibandingkan dengan nikmat kemerdekaan yang baru dikecapi selama 52 tahun.
Setelah Kerajaan Islam Andalusia Sepanyol jatuh, kuasa besar dunia pada ketika itu mencari sebuah kerajaan besar yang berpotensi untuk mendominasi dunia untuk dijatuhkan selain daripada untuk meluaskan propaganda (Gospel,Glory,Gold,Geography) mereka...dan mereka lebih menekankan Gold.
Mereka sanggup datang dengan keadaan laut yang 'super' bergelora di Tanjung Harapan semata-mata untuk ke Timur.Dengan ketidakseimbangan politik di Melaka pada ketika itu maka 

ERA PENJAJAHAN PUN BERMULA:-
-Portugis 24 Ogos 1511-16 Januari 1641 (130 tahun)
-Belanda 16 Januari 1641-20 Mac 1824 (183 tahun)
-British 20 Mac 1824-08 Disember 1941 (117 tahun)
-Jepun 08 Disember 1941-05 September 1945 (4 tahun)
-Zaman Darurat Bintang 3 (Komunis)
-British 05 Sept 1945-31 Ogos 1957 (12 tahun)

Jadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia adalah mempertahankan kemerdekaan ini...no more gaduh-gaduh..bersatu,Majukan negara, daulatkan Malaysia...

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..... 
Raise Your Flag
:: Jaga Kebersihan Diri,Keluarga dan Komuniti-Cegah Influenza A (H1N1) ) ::
Khidmat Pesanan Masyarakat ini dibawa oleh ★CLICKS71™☆ ®  P.E.A.C.E

1 comments:

Ικηωανκαιζεν ® said...

:: TAZKIRAH RAMADHAN ::
...................................
ANDAI KATA INI RAMADHAN TERAKHIR
YA ALLAH JADIKANLAH RAMADHAN INI
YANG PALING BERMAKNA DAN BERSERI
BAGI KAMI
...................................

- Bau mulut orang yang berpuasa
adalah lebih wangi daripada haruman kasturi di sisi Allah
-Para Malaikat memohon keampunan untuk orang yang berpuasa sehingga dia berbuka
-Syurga dihias setiap hari pada bulan Ramadhan
-Syaitan-syaitan dibelengggu sepanjang bulan Ramadhan
-Azab siksaan kubur tiada pada bulan Ramadhan
-Pintu-pintu Syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu-pintu neraka ditutup serapat-rapatnya
-Terdapat satu malam pada bulan Ramadhan yang lebih baik daripada seribu bulan (83 tahun 4 bulan),Lailatul Qadar...berbahagialah bagi mereka yang mendapatkannya
-Orang-orang yang berpuasa akan mendapat keampunan pada malam yang terakhir pada bulan Ramadhan
-Pada setiap malam Ramadhan tersenarai di sisi Allah nama-nama Hamba-Nya yang bebas daripada api neraka
-Pahala dilipatkan berkali ganda (ibarat suatu perniagaan yang tak akan pernah rugi)

...................................
PUASA DI SIANG HARI
BERSOLAT TARAWIKH DI MALAM HARI
...................................

Perbanyakkan berdoa (selepas solat,sebelum bersahur,ketika hampir berbuka puasa,sepertiga malam,selepas membaca Qur'an dan sepanjang Ramadhan) dan beristighfar, Membaca Al- Qur'an,Bersedekah dan Membuat Amalan Kebaikan ..Moga2 mendapat kerahmatan daripada Yang Esa
Ameen

...................................★CLICKS71™☆ ®

Post a Comment