Selamat Datang   私の友達へようそ   Bienvenido a mis amigos 
Adida's Batch ★Clicks71™☆ ® July'06-June'09 College of Medical Laboratory Technology Institute of Medical Research, M'sia
ADIDA'S BATCH FAN PAGE NOW ON FACEBOOK... BE A FAN . TQ

Thursday, March 11, 2010

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2010




Kepada kekawan yang dok area KL dan yg sewaktu dengannya, pada 19-28 Mac nie akan berlangsung pesta buku antarabangsa 2010 di PWTC.

So..sesape yg ulat2 buku tu leh la p melawat gerai2 buku kat sana sbb pada hari tu kebanyakan publisher akan bg diskaun pada buku-buku keluaran dorang..dan kalau nasib bek leh gak jumpa dgn penulis2 favourite korang, mn tau leh dpt autograf eheh :)

so..jumpa di sana k :)

Tuesday, March 2, 2010

Berita Penuh...

Dari inbox admin,

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

“Lu kenapa ni Apan?” – Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

“Mak gua hilang la..” – Apan berbisik perlahan.

Gua punyala terperanjat!

“Mak lu hilang?, bila hilang?” – dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

“Petang semalam..dah cari merata tak jumpa”.

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

Kira - kira lima belas minit kemudian,dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

“Mak gua dah jumpa..” – kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.
Gua cepat cepat bersyukur:

“Alhamdulillah… Jumpa kat mana?”,

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:

“Dalam sinki panteri.”

Gua terus tendang komputer sampai bersepah atas lantai.

MUG la Apan.. MUG ..!!, pronounciation macam jahanam!

Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara.

BIRTHDAY WISH!!! March

Hello guys... for the month of March..

HEPI BESDAY

02 March-K.AZUA

02 March-SHAUQI

05 March-K.TIE

13 March-HASLINDA

05 March-SHUHADA HASSAN

06 March-UMMI

09 March-AIN JAILANI

18 March-PA’E

23 March-MINA

25 March-SAZITA

26 March-AZWANI

26 March-KUMARAN

30 March-FAISOOL

Saturday, February 27, 2010

Massage2x.. ehh..Message2x

It's May be not too late for us to wish all the Chinese friends A Happy Chinese New Year.. and Salam Maulidurrasul to all Muslim friends.
There is two smses that i wanna share with you guys...

First:- from Ain Ghani
"Salam..buat kawan-kawan semua, dijemput hadir ke majlis perkahwinan Noraini Ghani pada 19 Mac 2010, maaf kad tidak dapat diedar kerana masalah teknikal, harap dapat sebarkan kepada semua member-member batch Puan Adida, terima kasih.. semua dijemput hadir". 
The address will be posted later on.

Second:-from Puan Adida
"Salam.. saya berhajat nak buat trip ke Jakarta untuk group kita.Mungkin bulan Jun ni.Perbelanjaan dalam RM1 ribu. Lagi ramai lagi murah . Tolong sebar-sebarkan kepada kawan-kawan tengok respon"
Response via her facebook or why not just call her..

The Last word... 
SELAMAT PENGANTIN BARU
 buat pasangan merpati sejoli...
Hasnan & Nieta
p/s:- gambaq cilok from facebook.. hope both of u don't mind..hehe~

Fan Page


Adida's Batch Fan Page Now On Facebook... click and add us... thanks
CLICK
>>ADIDA'S BATCH<<

Thursday, February 25, 2010

Jom tengok wayang!

kepada sape2 peminat cter Johnny Depp (Pirate of the Carribean, Charlie & the Chocolate Factory, Sleepy Hollow etc), 5 mac nie ade kuar cter terbaru die, Alice in the Wonderland.

cam bes je. jgn lupe p serbu pawagam 5 mac nie eheh


Tuesday, February 2, 2010

berita tak best..

salam...

ada pun nak gtaw, kawan kita merangkap bekas presiden kita si Ikhwan tu masuk spital hari ahad ritu. Suspect denggi.

So..sesape yang berdekatan dan berkesempatan tu leh la p melawat beliau kat HKL wad 21 bilik 15.

Semoga beliau cepatlah sembuh hendaknya..

Yg benar,

Adam n Bro.

Friday, January 29, 2010

KEnDuri KahWin!!!

asssalamualaikum,
rasenye tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kat K.Chik dan Nurol..
wallpaper atas ni utk korang :P

Thursday, December 10, 2009

Berita dari Paediatrik.....

Salam... pagi ini dalam pukul 4 pagi, satu mesej sms masuk ke inbox telefon aku... rakan sekerja daripada Makmal IEM telah dimasukkan ke ICU. Beliau adalah Helmi... satu-satunya MLT lelaki kat Makmal tersebut... Walaupun kami berbeza makmal tetapi di Institut Paediatrik tu terdapat 4 buah lab iaitu Paediatric Lab, Genetic Lab, IEM Lab dan Thalassaemia & Leukaemia Molecular Lab... jadi kami kira rakan yang rapat jugaklah... Malang sekali apabila semalam beliau telah terlibat dalam satu kemalangan dalam perjalanan pulang daripada Pusat Gymnasium Fitness First kat KLCC ke rumahnya di Puchong... beliau biasanya akan ke Gym selepas waktu kerja... Pada mulanya beliau terlanggar bumper kereta depan yang berhenti secara mengejut... tak sempat mengelak, sebuah kereta yang laju dari arah belakang melanggar beliau pula sehingga tercampak ke atas jalan raya... kereta yang melanggar tersebut lari entah ke mana.. nasib baiklah... kereta yang seterusnya berhenti dan memberi pertolongan dengan memanggil ambulans dan sanggup menunggu di hospital sehingga keluarga dan rakan terdekat sampai... terima kasih kepada mereka yang menolong... Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian... Juga terima kasih kepada Intan dan adiknya... Abang Zul... Rusdi... kerana menemani Helmi pada malam dan pagi semasa di hospital...


Helmi sekarang berada di Hospital Serdang... Wad 6C (Pembedahan Lelaki)... Semalam memang beliau tidak sedar.. Alhamdulillah hari ini keadaan beliau bertambah baik sedikit...
Waktu Lunch Hour hari ini majoriti orang Lab pergi melawat Helmi di Hospital Serdang... Suasana memang mengharukan sekali... Ialah nama pun kawan.... Beliau mengalami kecederaan pada bahagian muka... luka di dahi..hidung...mulut..dagu.. patah tangan kiri...dan sedikit luka kat lutut...
Beliau masih dalam keadaaan terkejut dan kadang kala bercakap merapu-rapu... nasib baiklah ada 2 orang adiknya yang menemaninya di sisi... mengajarnya supaya beristighfar dan kuatkan semangat...
Masih ingat lagi aku pada hari pertama hari raya  haji... aku dan Helmi pergi beraya kat Rumah Kak Zu... maklumlah kitaorang je yang tak balik kg... lepas tu pergi solat Jumaat sama-sama...
Hari Isnin lepas waktu lunch hour dia temankan aku pergi pejabat pos ambik gambar konvo yang tak aku tuntut-tuntut sejak 21 November... petang pulak lepas kerja,dia hantar aku balik rumah... hari selasa kitaorang (aku,Helmi, Nasa dan Komalam) pergi makan kat the Mall... Sedey... benda ni berlaku agak pantas...
Apa-apa pun... Marilah kita sama-sama berdoa memohon agar Helmi cepat-cepat sembuh dan juga berdoa untuk keselamatan kita semua... Ameen...

Wednesday, December 9, 2009

SALAM MAAL HIJRAH------- MERRY CHRISTMAS-------HAPPY NEW YEAR 2010

Tuesday, December 8, 2009

:: Selamat Pengantin Baru ::

Salam... apa khabar kengkawan... untuk makluman semua Awatif atau lebih dikenali sebagai Kak Chik bakal mendirikan gerbang perkahwinan beliau pada 26hb Disember ini...

Juga Nurol turut akan melangsungkan perkahwinannya dengan seorang jejaka idaman Malaya... pada 19 Disember ini...
(picture failed to upload... maybe next time... sorry)
jadi kepada mereka yang free tu bolehlah berkunjung ke kediaman mereka di alamat.... (still tunggu surat undangan & lokasi)...
Senang-senang apa kata korang call je diorang....
p/s :- kedua-duanya orang Kedah ni...
Selamat Pengantin Baru Kepada Kalian Semua Semoga Berbahagia Hingga Ke Anak Cucu dan Seterusnya...

Saturday, October 31, 2009

SALAM 1 ADIDA'S BATCH

Pemberitahuan Rasmi daripada pihak Admin Clicks 71 :- 
Sesiapa yang berminat untuk menjadi salah seorang daripada penyumbang post (blogger)* untuk Weblog ini, bolehlah menghantar satu e-mail yang menyatakan kesudian anda ke alamat ikhwankaizen@gmail.com  . Pihak Admin akan menghantar satu e-mail balas untuk 'invite' anda sebagai blogger. Nanti anda bolehlah menghantar post seperti perkongsian pengalaman kerja, hebahan tentang program yang berlaku di tempat kerja anda dan apa-apa maklumat berguna.Ibarat kata pepatah "Jika lagi ramai blogger yang kongsi maklumat, nanti Weblog ini sentiasa ter'update'.. ehe.. betulkah pepatah nikhs.Confius2x~

CENTRALIZED WEBLOGGERS FOR ADIDA'S BATCH (2010 plan)
Approx. estimate:-
KTMP = Pn.Adida
Paediatric = seorang (Ikhwan)
HKL = 2
IMR = 1
PDN = 1
KL & P'jaya = 1
S'gor =1
Penang =1
Perak =1
Melaka & N9 =1
Johor =1
Pahang =1
Kedah =1
* Terbuka kepada rakan-rakan daripada Adida's Batch sahaja (Julai'06-Jun'09)